TESMONI PELAJAR INSTEDT YANG TELAH BERJAYA !!!










MUHAMMAD FIRDAUS BIN AZLAN

Saya telah mendapat tempat dalam industri pelancongan selepas saya menamatkan program diploma saya dalam Pengurusan Pelancongan di INSTEDT. Sekarang saya bekerja sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di POTO Travel and Tours. Pencapaian terbaik saya di INSTEDT adalah apabila saya menerima Ketua Anugerah Eksekutif dan Diploma Pengurusan Pelancongan Anugerah Pelajar Terbaik.





SOFIA BINTI JAAMAD ialah PELAJAR CEMERLANG DPS, ANUGERAH NAIB CANSELOR. 

Seorang pelajar daripada program pengajian sukan (Jabatan Usahasama UiTM) iaitu Sofia Binti Jaamad, telah berjaya memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam akademik. Beliau telah memperolehi Anugerah Dekan sebanyak lima semester berturut-turut dan sekaligus dinobatkan sebagai penerima Anugerah Naib Canselor, Universiti Teknologi Mara.
Pelajar cemerlang yang berketinggian 156 sentimeter dan berasal dari bumi bersejarah, bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik, malah beliau juga mempunyai bakat yang besar dalam sukan tae kwon do. Sukan tae kwon do ini merupakan sukan utama yang diceburinya, manakala sukan bola tampar dan ragbi sentuh dipilih oleh beliau sebagai sukan sampingan. Antara kejayaan yang diperolehi oleh pelajar ini adalah Karisma di puncak alam 2012 
(tae kwon do-gold medal; weight 49-53kg), Sukob di UITM Jengka 2012 (volleybal-3rd place) dan Sukipt di UITM Shah Alam 2014 (silver medal weight 49-53kg).
Kini, saudari Sofia Binti Jaamad ini telah pun melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara, Kampus Shah Alam. Pelajar cemerlang ini juga turut berkongsi rahsia kejayaan dan memberi kata-kata semangat kepada pelajar INSTEDT supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan bergiatlah dalam sukan walaupun sekadar beriadah kerana sukan atau senaman ini dapat mencergaskan badan kita dan mencerdaskan minda. Tambahnya lagi beliau percaya semua pelajar mampu melakukan yang terbaik dalam pelajaran apabila pelajar itu yakin pada diri sendiri, rajin bertanya dan ikhlas dalam setiap perbuatan.
" Selama 5 semester saya di INSTEDT, pelbagai peluang diberi terutamanya dalam sukan. Tanpa pendedahan sukan yang diberi oleh pensyarah, mungkin saya sekadar menjadi ulat buku sahaja. Tetapi itu tidak mungkin kerana saya mampu menjadi lebih baik kerana di INSTEDT mempunyai pensyarah yang berpengalaman dan mesra pelajar dan cara mereka mengajar setaraf dengan pensyarah-pensyarah Universiti lain di Malaysia.Bukan pensyarah sahaja, malah kakitangan INSTEDT yang lain juga sangat mesra. Disamping itu, INSTEDT memiliki fasiliti memuaskan kerana tanpa fasiliti yang baik tidak mungkin INSTEDT berjaya melahirkan ramai graduan yang hebat-hebat belaka ".

Siti Noorazah Binti Shafiee 

Merupakan graduan Diploma Kejururawatan INSTEDT lepasan Jun 2006 - 2009 dan kini saya telah pun mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan Diploma saya di salah sebuah hospital di Johor Bahru.

INSTEDT merupakan sebuah Kolej yg menawarkan pelbagai jurusan yang menjadi pilihan utama dalam sektor pekerjaan masa kini. Silibus pelajaran di INSTEDT yang seragam dengan IPT yang lain juga membantu saya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di salah sebuah universiti tempatan.

Kemudahan dan infrastruktur yang disediakan amat memuaskan dalam membina suasana pembelajaran yang kondusif. Mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman, professional dan mesra pelajar membolehkan pelajar tidak kekok untuk berjumpa dan berkongsi masalah yang dihadapi. 
Terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang mendidik saya selama ini. Jasa kalian akan dkenang sepanjang hayat.




HISSAM BIN CHE DAUD

Merupakan bekas pelajar dari jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan INSTEDT merupakan salah seorang pelajar yang berjaya dalam kerjayanya sekarang.

 
Beliau merupakan trainer, speaker motivation di United Malay Professional Speaker (UMPS) di Taman Molek , Johor Bahru sudah hampir 3 tahun selepas tamat pengajian di INSTEDT.

Antara program-program yang dikendalikan adalah seperti penceramah program motivasi ‘Inspirasi Minda Cemerlang’, pengendali program Speed Maths 2011 – Asas & Silibus, penceramah program M+M (Matematik dan Motivasi) 2013 dan pengendalian program KIRA PANTAS MATEMATIK 2013. 

Beliau juga berpengalaman menggunakan kaedah NLP (Neuro Linguistic Programming) di dalam program, modul serta latihan. Di samping itu juga, beliau masih mempraktikkan ilmu pemasaran dalam bidang kerjayanya. 

Diharap kejayaan beliau pada hari ini akan menjadi batu loncatan kepada pelajar-pelajar INSTEDT yang masih belajar mahupun yang akan menjalani latihan industri kelak.


Sila Klik Link dibawah Untuk pendaftaran

 ⇊⇊⇊⇊⇊⇊⇊⇊⇊⇊⇊⇊⇊⇊⇊⇊⇊⇊

 https://form.jotform.me/71010618874454




Mereka telah berjaya anda bila lagi??? Mulakan Langkah 

Pertama Sekarang !!!Daftar Di Instedt Sekarang!! 

pertanyaan boleh whatsapp saya 0177329308 Cik Anisah ジ


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~Solat Malam ~

Let's Study at Instedt

HATI (QALBU)