~Solat Malam ~
Solat Sunat Tahajud
Assalamualaikum.. hai korang apa khbar ?? harap semua dalam keadaan sihat .. dah lama akak tak bloger al maklum la sekerang ni buzy sangat dengan ruitin akak . alhamdulilah hari ini akak bekesempatan untuk blogerr.Rasanya belum terlambat akak nak ucapkan selamat tahun baru 2017. hari ini akak nak cerita mengenai solat tahajud. solat tahajud ni sgt bagus.
Apa maksud Solat Tahajud ???
Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Tujuan Solat Tahajjud.
.
- Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
- Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
- Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
- Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
- Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
Kelebihan Solat Malam.
Solat mam adalah solat yang penting berbanding solat-solat sunat yang lain .Rasulullah SAW pernah ditanya " Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?'Baginda SAW menjawab dengan tegas, "Solat malam"!
(Hadis Riwayat Muslim)
Saidina Umar Al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata "Sesiapa yang mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah swt sembilan perkara ,Lima di dunia dan empat diakhirat.Kurniaan di Dunia ialah :-
- Jauh daripada segala penyakit
- Lahir kesan taqwa pada wajah
- dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
- Percakapan mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
- Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
- Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri -seri
- Dipermudahkan Hisab
- Cepat melalui sirat al-Mustaqin seperti kilat
- Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan
Memudahkan Bangun Solat Malam
.
- Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
- Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
- Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
- Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat
Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat
niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai
kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
Cara Mendirikan Solat Tahajjud
.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had
rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat
satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi
dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
NiAT
"Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat kerana allah taala"
Rakaat Pertama
- Bacaan AL-Fatihah
-Surah Al-Kafirun
Rakaat Kedua
- Bacaan Al-Fatihah
- Surah Al-Ikhlas
Semasa sujud akhir pada rakaat kedua ucapkanlah sebanyak tiga kali,iaitu
"Oh Tuhanku masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkan aku daripada pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripadamu seorang penolong."
Selepas memberi salam,ucapla doa
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.!
Banyak Doa yang diamalkan oleh Rasulallah s.a.w untuk kita ikuti .Slah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
"Ya Allah ,tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal , iman yang benar , ilmu yang bermanfaat , kesihatan yang elok , kecerdikan yang tinggi , hati yang bersih dan kejayaan yang besar.
klik link dibawah untuk lihat video cara solat tahajjud
↓↓↓
https://www.youtube.com/watch?v=CFU9WjkgjOg
Ulasan