KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI INSTEDT



1) Kemudahan Asrama



Ini contoh Asrama yang disediakan oleh Pihak INSTEDT. Terdapat warden yang akan memantau pergerakan dan aktiviti pelajar. INSTEDT turut mensyaratkan bahawa para pelajar wajib berada di kawasan asrama sebelum jam 11.00 malam. Ini bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kepada mereka. Nak duduk asrama sampai habis sem pon boleh yang penting jaga perlakuan dan peraturan ya.



2) Kemudahan Pengangkutan



INSTEDT menyediakan kemudahan perkhidmatan bas kepada semua pelajar. Bas INSTEDT akan mengelilingi kawasan Bandar Penawar bagi mengambil para pelajar yang tinggal di asrama mahupun di luar asrama mengikut jadual yang telah ditetapkan.Pengangkutan ini percuma.  INSTEDT turut menyediakan kemudahan bas untuk menghantar pelajar kejururawatan yang menjalani latihan praktikal di luar seperti di Hospital Sultan Ismail (HSI), Hospital Segamat dan sebagainya.

3) Kemudahan Perpustakaan


 

INSTEDT menyediakan kemudahan perpustakaan kepada semua siswa/siswi untuk menelaah, menyiapkan tugasan mahupun mencari maklumat berkaitan pelajaran.Buku-buku yang disediakan merupakan terbitan terkini yang mampu membantu para siswa/siswi menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar.
Selain kemudahan buku dan terbitan lain, di perpustakaan INSTEDT juga disediakan kemudahan WiFi kepada para siswa/siswi. Ini memudahkan para siswa/siswi mencari buku dan juga maklumat terkini. Ini turut menggambarkan bahawa "dunia kini dihujung jari sahaja".







4) Bilik kuliah dan Makmal Komputer









 Bilik kuliah
                                                     Bilik Kejururawatan







                                                                                                     Makmal Komputer


Ok sampai sini je dulu. Jom Belajar Di INSTEDT!!!















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HATI (QALBU)

Let's Study at Instedt