Adab Makan dan Minum Mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW.
Terdapat beberapa adab-adab
makan dan minum cara Nabi SAW untuk menjadi panduan kita semua untuk mendapat
keberkatan di sisi Allah s.w.t dengan mengikut sunnah baginda
(1) Membasuh tangan sebelum
makan.
Nabi SAW bersabda maksudnya
: "Keberkatan makanan itu ialah membasuh (tangan) sebelumnya (sebelum
makan) dan membasuh selepasnya."(Hadis Riwayat Abu Daud dan Turmudzi).
(2) Membaca Bismillaah.
(Bismillahirahmanirrahim)
Sabda Nabi SAW yang
bermaksud : "Apabila seseorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut
Allah (membaca Bismillaah) di kala masuk dan di kala makan, maka berkata
syaitan : "Tiadalah peluang aku bermalam dengan kamu dan tiadalah pada
makanan malam kamu." Dan apabila seorang masuk ke rumahnya , maka dia
tidak menyebut Allah di kala memasukinya, maka berkata syaitan : "Aku akan
bermalam dengan kamu."Seterusnya apabila dia tidak menyebut Allah di kala
makan, maka syaitan akan berkata : "Aku akan dapat bermalam dan makan
malam (bersama kamu; kongsi makan)" (Hadis Riwayat Muslim)
(3) Membaca doa makan.
Sabda Nabi SAW, yang
maksudnya :"Allaahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa wa
qinna'adzaabannar. maksudnya : Ya Allah, berkahilah rezeki yang Engkau
rezekikan kepada kami, dan peliharalah kami dari siksa Neraka." (Hadis
Riwayat Ibnu As-Sunni)
(4) Makan dan minum dengan
tangan kanan.
Diriwayatkan daripada
Abdullah bin Umar r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan
menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan
menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan
menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan
kirinya." (Hadis Riwayat Muslim).
(5) Makan makanan yang
mengiringi (makanan yang terdekat)
Nabi SAW bersabda maksudnya
: "..dan makanlah (dengan memulakan makan) makanan yang mengiringi
engkau."(Hadis Riwayat Bukhari).
(6) Mula makan tepian bukan
tengah.
Sabda Nabi SAW. maksudnya :
"Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia (mula)
makan makanan yang berada di puncak pingan (bahagian tengah), akan tetapi
hendaklah dia memakan makanan daripada dahagian di sebelah bawahnya (tepi yang
berdekatan dengannya) kerana sungguhnya keberkatan itu turun daripada puncaknya
(kebawah)" (Hadis Riwayat Abu Daud).
(7) Duduk semasa makan.
Pada satu ketika Nabi SAW
telah dihadiahkan sesekor kambing yang telah dimasak. Maka baginda turun makan
secara berlutut. Tiba-tiba bertanya seorang Arab Desa kepada baginda.
"Duduk apakah ini?". Maka baginda SAW menjawab : "Sungguhnya
Allah telah menjadikan saya seorang hamba yang pemurah, dan Dia (Allah)
tidaklah menjadikan saya seorang yang tidak kenal belas kasihan lagi keras kepala
(derhaka)."(Hadis Riwayat Abu Daud).
(8) Makan dengan tiga
putung jari.
Kaab bin Malik memberitakan
: "Adalah kebiasaan Rasulullah SAW menjemput makanan dengan menggunakan
tiga putung jari."(Hadis Riwayat Muslim)
(9) Tidak mencela atau
mengaibkan makanan.
Abu Hurairah r.a. pernah
memberitakan bahawa : "Tiadalah sekali-kali Nabi SAW mengaibkan makanan
(yang dihidang), jika baginda berselera baginda memakannya dan jika baginda
tidak ingin baginda meninggalkannya."(Hadis Riwayat Bukhari)
(10) Bercakap semasa menjamu
selera.
Semasa makan para ulama
menggalakkan bercakap mengenai kebaikan makanan, percakapan-percakapan baik dan
kisah-kisah orang soleh sekitar makanan dan selainnya.
(11) Makan suapan terjatuh.
Jaabir bin Abdullah r.a.
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya ; "Apabila suapan
seseorang kamu terjatuh, maka hendaklah dia mengambilnya, hendaklah dia
membuang kemudharataan padanya dan hendaklah dia memakannya dan janganlah dia
meninggalkannya kepada syaitan (secara membazir)"(Hadis Riwayat Muslim)
(12) Tidak bernafas dalam
bekas minum.
Ibnu Abbas r.a menyatakan
bahawa, "Sungguh Nabi SAW melarang bernafas dalam bekas minum atau
menghembuskan kedalannya."(Hadis Riwayat Turmudzi)
(13) Tidak makan banyak.
Rasulullah SAW bersabda
maksudnya : "Orang Mukmin makan menggunakan sebuah perut, sedangkan orang
kafir itu makan menggunakan tujuh buah perut" (Hadis Riwayat Bukhari)
(14) Larangan makan sambil
meniarap.
Saalim meriwayatkan
daripada sumber bapanya ; "Bahawa Nabi SAW melarang seorang lelaki makan
sedang dia duduk meniarap"(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
(15) Jangan memerhatikan
orang sedang makan.
Seseorang yang sedang makan
bila diperhatikan akan menyebabkan tidak selesa.
(16) Menjempun para tetamu
untuk makan : "Sila menjamu selera!" kepada para tetamu.
(17) Sesudah makan menjilat
pingan dan jari.
Sabda Nabi SAW bermaksud :
"Sungguh kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan kamu) yang
mengandungi keberkatan.'(Hadis Riwayat Muslim)
(18) Larangan bangun
meninggalkan makanan sehingga hidangan diangkat.
Sabda Nabi SAW bermaksud :
"Apabila telah dihidangkan suatu hidangan, maka janganlah seseorang bangun
sehingga diangkatkan hidangan, dan janganlah dia menggerakkan tangannya
(berhenti makan) sekalipun dia sudah kenyang sehinggalah kumpulan (bersamanya)
selesai makan, dan hendaklah dia menunggu kumpulan itu, kerana sesungguhnya
seorang lelaki itu akan merasa malu duduk (lagi), maka dia akan berhenti makan,
dan barangkali dia masih perlu untuk makan."(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
(19) Memuji dan menyanjungi
Allah.
Bila hidangan diangkatkan
Nabi s.a.w memuji Allah SWT dengan doanya :
"Segala puji bagi Allah, sebagai pujian yang banyak, bagus dan diberkati. Kami tidaklah merasa cukup dengan seorang selain Engkau, kami tidaklah meninggalkan nikmat Engkau, dan kami tidaklah terkaya daripada kurniaan Tuhan kami."
"Segala puji bagi Allah, sebagai pujian yang banyak, bagus dan diberkati. Kami tidaklah merasa cukup dengan seorang selain Engkau, kami tidaklah meninggalkan nikmat Engkau, dan kami tidaklah terkaya daripada kurniaan Tuhan kami."
(20) Membasuh kedua tangan
selepas makan.
Hadis dari sumber Salmaan
r.a. telah pun di sebutkan berbunyi : "Keberkatan makanan itu ialah
membasuh dua tangan sebelum dan sesudah makan."
MoGA
BeRmAnFaAt!!
Nabi SAW tidak makan sebelum baginda merasa lapar dan lebih dahulu berhenti sebelum sampai ke tahap kenyang atau merasa puas.
Nabi SAW tidak makan sebelum baginda merasa lapar dan lebih dahulu berhenti sebelum sampai ke tahap kenyang atau merasa puas.
Ulasan